Wednesday, 20 August 2025

“So called, ..”

 Hi! Its been a long time since my last blog hihi. I am 27 now! And aku dah kerja dekat tempat baru! Dalam bidang yang sama juga tapi dekat Sunway. Kerja dekat sini sangat penat, macam lebih kurang je dengan tempat kerja lama. Tapi, aku dapat banyak sangat pengalaman kerja sini. Walaupun tak sampai setahun, tapi aku bangga aku masih bertahan hahah. Anyway, mungkin ini yang terbaik untuk aku. Ada rezeki, jika Allah izinkan, mungkin boleh dapat lebih baik lepas ni. 


Oh lupa nak cakap yang aku dah BERTUNANGGG!! Hahahaha. Siapa sangka kan perempuan yang dulu selalu sedih, lonely, nangis memalam, ah macam macam lah. Tup tup, dah tunang! Alhamdulillah. Allah maha pengasih. Dia pinjamkan aku seorang hamba yang sangat cintakan aku. InshaAllah tahun depan kitorang nikah. Harap sangat dipermudahkan uruskan Aminn. Aku sangat cintakan tunang aku. Sangat sangat. Tak dapat bayangkan hidup aku tanpa dia hmm. 


Sekarang ni, aku tengah tulis blog sambil on call dengan tunang aku. Sweet tak? Hahaha. Lagi.. nak update apa ya? Nothing much happened pun tahun ni. Oklah, aku nak tidur dulu, nanti kalau ada masa, aku update lagi. Bye!


Nur Yasmin

00:47 

Monday, 23 September 2024

2024

 Hiiii!


Last update on 2021 right? now dah 2024!. How fast time flies damn it. aku sumpah lupa yang aku ada blog lol. Okok soooo nak start dari mana eh?? 

Ok lah first aku nak start dengan hidup selepas intern. So aku sambung protege dekat TNB. So far so good and best! sebab aku kerja tapi aku macam intern. dapat 2k setiap bulan tapi gaya hidup macam intern. Agak mewah tapi aku rasa tak membangun. So lepas 10 bulan macam tu aku enjoy hidup aku kan, aku pun carilah kerja tetap. Masa untuk bertindak!

2022 hujung tahun aku dapat kerja dekat kilang Panasonic. Which is my current job right now. Dulu aku pernah cakap yang aku nak jadi civil engineer. Tapi lepas terfikir fikir banyak kali kan, aku rasa nahhh malas aku. Aku nak jadi engineer tapi bukan civil. And boom! aku adalah Facilities Engineer hehehehehe. Masih lagi seorang engineer cuma takde civil kat depan.

Kerja aku ni, aku ingatkan sikit-sikit je. Tapi shial la jai banyak nak mam rupanya. Sebab, dengan kelulusan degree yang aku ada ni, basically aku lah design, aku lah consultant, aku lah project engineer dan aku lah site engineer. PENAT. Orang akan pass semua kerja kat aku sebab ada title "civil" dalam hidup aku. so.. kepada yang cita cita mahu menjadi seorang facility engineer ni, kalau kau background civil hurm good luck ah. 

Selain penat kerja, hidup aku pun hampir hampir mau give up. Sekarang ni aku hidup sorang je. Aku dah berdikari. Basically all by myself. Sedih. Nak menangis tapi malas hhohoho. Parents aku dua2 dah tak kerja. Jadi aku lah yang kena kerja keras. 

Aku.. sayang kerja aku ni. Aku dapat belajar banyak banyak banyakkk sangat. Tapi.. gaji kecik mat. Gaji tak kena dengan workload aku. So.. aku decide nak pergi. Nanti tengoklah aku update apa lepas ni hehehehe. Cuma aku harap keputusan yang aku buat ni terbaik untuk diri aku dan juga masa depan aku inshaAllah doa doakanlah. 

Kahwin? tak tak belummm. Awal lagi. Tapi ini pun aku rasa a big achievement dalam hidup aku. Aku dah ada boyfriend!! hihihihih ingat lagi tak di saat aku rasa first love tu adalah segalanya. Ternyata second ke third ke forth ke tidak mustahil untuk jadi True Love. Well.. I can say that he is my true love. I would die for him. Pejam celik pejam celik, aku dah setahun dah dengan dia and kahwin adalah tujuan utama kitorang. Again, semoga dipermudahkan dah harapnya next update pasal honeymoon lah kahkahkah. 

Lagi apa eh?? ermm aku nak cerita pasal penyakit yang aku tak pernah sangka akn dapat. Tapi.. macam panjang sangat. nanti nantilah. 

Oklah, aku rasa aku ni dah matang lah. Penat nak tengok laptop. eh ? ni matang ke? tantah sebab aku dah tua. OOOHHHH LUPA NAK CAKAP, yang aku dah umur 26 tahun OMGGG. HIHIHI. oklahhh babai semuaa. masa untuk berehat. Iloveyou arman daneez <3

Sunday, 28 November 2021

Graduan Yang Tersakiti

Hi. Dah lama kan aku tak update? Haha. Aku ada je tulis tapi mesti tak habis so ended up dekat draft. Okay kalau tengok title pun dah tahu yang aku dah graduate. yeeyyy! wait, yey? yas, you are jobless. huhu. Well, it's a yey because there is no more assignments, projects, to think of. and its a yey because i have finally have a degree after 5 years of struggling. fuck my life. asyik study study study study study non stop. penat. sampai i say no to master because i had enough. 

so, nak jadikan cerita aku dah intern almost a month ago. aku intern dekat JKR Petaling. so far so good. aku suka kerja dekat situ. environment best, dapat pula engineer2 yang sangat membantu dan friendly. 2 bulan aku intern, sebulan dekat unit jalan and lagi sebulan dekat unit bangunan. orang kata intern kerajaan ni duduk rilek je. well, pengalaman aku lah kalau kau tak rajin bertanya, kau akan rilek dan kosong. kalau kau rajin bertanya "Encik, pergi site tak harini? nak ikut boleh?" "Ha jom!" kau akan dapat at least sikit pun jadilah. dekat unit jalan, meriahnya lain macam, boss baik2 sangat, abang2 kakak2 engineer semua membantu tak sombong langsung. aku suka. pergi site sama2, malam ke siang ke bantai beb. next, unit bangunan. yang ni, nasib kau lah dapat projek mana. kalau dapat projek under jurutera awam, kau memnag masak tapi kau akan pandai dan hargai segala yang dia ajar. to be honest, aku okay je, tapi during that time, maybe aku baru tahu apa itu engineer yang sebenar. bukan sebenar lah tapi hampir2 lah hahahha. Best. walaupun tak lama, tapi aku hargai segala yang dorang buat dan ajar aku. both unit jalan ke bangunan ke kau kena pandai baawa diri sebab kerja beb, takkan nak kena suap lagi? walaupun ada yang suruh fotostat lah print lah scan document lah, tapi kalau aku tak buat benda tu, aku bodoh bab mesin fotostat ni hahah. thats normal thing yang intern student will face off. 

okay settle bab intern. result? dekan sial. aku dekan sem ni. siapa sangka? aku sangka dah hahhaha. tapi aku tak sangka lah yang subject elective terpaling cibai dapat result tak rilek. bagi lah B+ at least lah. haiyaa. tapi takpelah. so, segala usaha aku yang aku nangis malam2 buat idp cam sial penat dia, buat fyp berulang2 dan terlalu banyak mistakes sampai nak muntah, buat sulam yang terpaling penting dalam hidup, akhirnya terbalas juga. aku tak mengeluh, tapi aku ni manusia biasa je. aku tak pandai tapi aku just go with the flow sebab dah sem 8 kan. kau nak ubah apa lagi. nak taknak hadap jela buat sehabis baik yang kita boleh buat. 

okay settle sem 8, settle degree. sekarang ni dah hampir sbulan lebih aku mencari kerja yang tak tau dapat ke tak. aku menganggur beb. bukan taknak buat kerja sambilan tapi aku nak tolong parents aku. kalau aku takde kat rumah ni, siapa nak kemas rumah, siapa nak basuh pinggan, bla bla bla. haa. so sementara aku belum dapat kerja ni eloklah aku berbakti dekat ibu bapa tapii, minggu depan insha Allah aku akan cari kerja dekat kedai2 apa2 jelah. susah doh cari kerja sekarang. yang nak fresh graduate tapi nak pengalaman jugak. cibai apakah? haih. bagi lah aku peluang nak kerja, nak cari pengalaman. kalau dah semua reject, tang mana yang aku nak dapat pengalaman? takpelah, aku akan cuba lagi dan lagi dn lagi dan lagi. kadang tu aku insecure juga tengok kawan2 yang dah kerja even result dorang paras2 aku je tapi dapat kerja. haha. silap siapa? tah. tak tau aku bodoh tang mana pulak. takpelah mungkin belum rezeki aku dan mungkin ada yang lebih baik untuk aku. jadi aku harap sangat akan ada satu company yang terpaling terbaik untuk aku, offer aku kerja as engineer. Civil engineer. impian aku satu je sekarang ni, nak dapat kerja dan nak usaha sehabis baik sampai jadi Professional Engineer. aku kalau boleh lah dan kalau diizinkan Allah, aku nak jadikan civil engineer ni sumber pendapatan hidup aku sampai aku berkeluarga. time belajar kan, kita takkan nampak minat kita. tapi time intern haritu, aku sedar yang aku sebenarnya minat kerja2 engineer ni. best do. panas terik kke stress ke pressure ke tapi nikmat bila projek siap tu pergh best. aku nak rasa tu. aku nak sangat2. :)

okay, kepada sesiapa jela yang tiba2 terbaca blog aku ke.. tolong, tolong doakan aku dapat kerja yang baik2. aku nak tolong keluarga aku, aku nak bagi mak abah aku duit, aku nak bagi adik2 aku baju2 baru setiap 2 bulan, aku nak jadi yang terbaik. Amin. kepada fresh graduate yang tengah cari kerja dan senasib dengan aku, aku harap kau kuat. jangan putus asa, rezeki kita pasti ada. fighting! 

aku rasa itu saja kot untuk malam ni. tengoklah kalau rajin, aku tulis blog lagi. see ya. goodnight!