Monday, 23 September 2024

2024

 Hiiii!


Last update on 2021 right? now dah 2024!. How fast time flies damn it. aku sumpah lupa yang aku ada blog lol. Okok soooo nak start dari mana eh?? 

Ok lah first aku nak start dengan hidup selepas intern. So aku sambung protege dekat TNB. So far so good and best! sebab aku kerja tapi aku macam intern. dapat 2k setiap bulan tapi gaya hidup macam intern. Agak mewah tapi aku rasa tak membangun. So lepas 10 bulan macam tu aku enjoy hidup aku kan, aku pun carilah kerja tetap. Masa untuk bertindak!

2022 hujung tahun aku dapat kerja dekat kilang Panasonic. Which is my current job right now. Dulu aku pernah cakap yang aku nak jadi civil engineer. Tapi lepas terfikir fikir banyak kali kan, aku rasa nahhh malas aku. Aku nak jadi engineer tapi bukan civil. And boom! aku adalah Facilities Engineer hehehehehe. Masih lagi seorang engineer cuma takde civil kat depan.

Kerja aku ni, aku ingatkan sikit-sikit je. Tapi shial la jai banyak nak mam rupanya. Sebab, dengan kelulusan degree yang aku ada ni, basically aku lah design, aku lah consultant, aku lah project engineer dan aku lah site engineer. PENAT. Orang akan pass semua kerja kat aku sebab ada title "civil" dalam hidup aku. so.. kepada yang cita cita mahu menjadi seorang facility engineer ni, kalau kau background civil hurm good luck ah. 

Selain penat kerja, hidup aku pun hampir hampir mau give up. Sekarang ni aku hidup sorang je. Aku dah berdikari. Basically all by myself. Sedih. Nak menangis tapi malas hhohoho. Parents aku dua2 dah tak kerja. Jadi aku lah yang kena kerja keras. 

Aku.. sayang kerja aku ni. Aku dapat belajar banyak banyak banyakkk sangat. Tapi.. gaji kecik mat. Gaji tak kena dengan workload aku. So.. aku decide nak pergi. Nanti tengoklah aku update apa lepas ni hehehehe. Cuma aku harap keputusan yang aku buat ni terbaik untuk diri aku dan juga masa depan aku inshaAllah doa doakanlah. 

Kahwin? tak tak belummm. Awal lagi. Tapi ini pun aku rasa a big achievement dalam hidup aku. Aku dah ada boyfriend!! hihihihih ingat lagi tak di saat aku rasa first love tu adalah segalanya. Ternyata second ke third ke forth ke tidak mustahil untuk jadi True Love. Well.. I can say that he is my true love. I would die for him. Pejam celik pejam celik, aku dah setahun dah dengan dia and kahwin adalah tujuan utama kitorang. Again, semoga dipermudahkan dah harapnya next update pasal honeymoon lah kahkahkah. 

Lagi apa eh?? ermm aku nak cerita pasal penyakit yang aku tak pernah sangka akn dapat. Tapi.. macam panjang sangat. nanti nantilah. 

Oklah, aku rasa aku ni dah matang lah. Penat nak tengok laptop. eh ? ni matang ke? tantah sebab aku dah tua. OOOHHHH LUPA NAK CAKAP, yang aku dah umur 26 tahun OMGGG. HIHIHI. oklahhh babai semuaa. masa untuk berehat. Iloveyou arman daneez <3

No comments:

Post a Comment