Sejarah ekonomi tradisional negara
kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana sejarah Malaysia banyak
dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem ekonominya. Sistem
ekonomi sebelum kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi tradisional.
Kedatangan Inggeris banyak berdasarkan faktor mencari keuntungan ekonomi untuk
negara dibawa dan memakmurkan negara mereka.
Sistem ekonomi semasa penjajahan
Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru bagi menggantikan
tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di
Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang getah lombong
telah menyebabkan kegiatan ekonomi terbahagi kepada dua iaitu bercorak
tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan eknomi tradisonal seperti
penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi
sumbangan walau dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula
dilaksanakan.
Dengan sistem eknomi yang
dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat berbilang kaum di negara
kita pada masa itu. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa tersebut dapat
hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing menyumbang tenaga ke
arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding bahu membangunkan
negara dalam bidang ekonomi.
Menjelang akhir abad ke 20 , negara
kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini menyebabkan harga komoditi
atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit, getah dan bijih timah
terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi rakyat
negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan dugaan .Ianya ialah hasil
daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan
diri dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu rakyat
negara ini daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran.
Warisan sejarah yang membentuk
persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak kerajaan dan
kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka kepada masalah dan
isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi tradisonal kepada
ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan pembaharuan.
Hasil kerjasama dengan pelbagai
agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA, FELCRA , MARDI , Jabatan Perikanan,
Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan beberapa kementerian sedia
bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi kesejahteraan
rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif dilakukan bagi
menjana dan membantu para petani, pekebun, nelayan dan penternak di negara ini
bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini, kita dapat
meningkatkan pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang
menjanjikan pulangan yang menguntungkan.
Kesimpulannya kita wajar bersyukur
sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini berada di
landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk
negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat dalam bidang
pertanian.
No comments:
Post a Comment